Hi assalamualaikum.
Yes! sis nak move on. Move on dari mana dan kemana? dari socmed.
Socmed yang more to nak cari boyfriend girlfriend ni iaitu apps Tinder and Beetalk.
Beetalk tu dah lama sis ada. Since masa mula-mula Beetalk ada kat Google play. Sebelum Beetalk dulu main Wechat je. Merapu kut situ jelah. haha. Look around 24jam kau!
Dari melayan apps ni lah crybaby banyak nangis k. Ntah pape jugak bile dipikirkan balik. Tapi tulah, hati ni lembut sangat and suke berharap terhadap something yang tak mungkin dapat ataupun angan-angan yang tak kunjung tiba.
Btalk sekarang banyak updates dah. Dari takde forum, sampai lah ade forum which is lebih buatkan apps ni open to world. Maksudnye, sume orang boleh baca dan tengok benda yang sama. So okaylah kan leh berkawan dengan orang yang jauh-jauh.
Dari yang single sampai lah jadi berkahwin just melalui apps ni. Sape-sape yang nak try cari jodoh tu, boleh lah try apps ni. Sape yang dah ada apps ni, korang memang pandailahkan. haha!
So for now ni nak move on sebab sis penat lah. Try hard sangat dalam mencari pasangan hidup. Tapi takde pun yang kekal sampai sekarang. I feel better a bit bila single. Kurang berharap kat lelaki, takda cemburu, takda sakit hati, takda apa-apa yang perlu ditangiskan lagi. haha!
tapi dalam pada tu, sis ade rasa 'syg' kat ex dulu. tiba-tiba dia datang balik and ajak berjumpa. Taktau lah apa agenda dia. Susah nau nak buang 'syg' ni kat dia. Entah kenapa 'syg' kat dia. Padahal dia tu busy keje 24jam. Last dia tinggalkan sis, dia cakap yang dia nak pursue cita-cita dia which is nak ada business sendiri yang akan menjamin kehidupan dia dan taknak bakal anak-anak dia hidup susah.
Time tu sis redha jelah. Nak paksa pun tak guna. Dia taknak ada gf semasa dia tengah pursue apa yang dia nak. So, okaylah. Tapi takleh move on jugak, sebab duk nampak profile dia kt Btalk tu. Sis delete dia dari friendlist. haha! Aman la hidup kejap. Rasa macam boleh move on dah. Eh tetiba dia msg kita balik. hmm. Tiba-tiba rindu. Sumpah benci gila perasaan ni. Sebab ape? Sebab kita je yang ada perasaan tu, tapi orang tu takda pape pun. Ha tu memang menikam jiwa beb! Sekarang ni tunggu jelah dia nak jumpa lepas raya ni. Entah jadi ke tidak pun tak tau lah. Hanya menunggu.
Ni hal tinder pulak, crybaby kenal sorang mamat Canadian ni. Sis tak berani sebenarnye sebab awal-awal dah cakap dia suka kitalah ape lah, nak pegang-pegang tangan lah ape lah. Ish taknak lah! Katanya dia dulu muslim, and sekarang dia non-muslim. Pelik pulak. Katanya dia akan cerita time jumpa nanti, tapi masalahnya sekarang, sis tolak untuk jumpa dia. Sebab? Dia beriya sangat suruh sis pergi hotel yang dia duduk tu and dating dalam bilik dia. Ko gile kee??? Aduh, jangan macam-macam beb ni bulan puasa. Memang sehabis-habis tolak. Then dia plan kut lain pulak.
Plan nak ride basikal dari Queensbay sampailah ke Bukit Bendera. Aduh sis pening. Lepas ride basikal, peluh-peluh ajak gi mandi laut. Ni lagi pening. Ni bulan puasa lah, adoi!
Terus sis bagi alasan sis tak suke peluh-peluh ni kan lagi nak mandi laut pulak, isk! Then dia senyap macam tu je. Dia malas layan lah kut kan. Lepas tu takda dah sape-sape nak pm sis. Dapat match tapi krik krik je. Tak tau la ape motif swipe right kat aku ni. haha!
Tu jelah cerita yang dapat dikongsi dari both apps ni. Wechat still ada tapi mostly memang kawan yang dari sekolah, dari kolej sume tu. Skang ni nak take a break from both apps. Maybe nanti akan bukak balik or tak, crybaby pun tak tau lagi. Better sis lebihkan mencintai yg Maha Esa. Susah senang mengadu kat Dia je. Dia lah yang paling memahami isi hati kita dan tau apa yang terbaik untuk kita sebagai umat dia. So that's it for this post. See you guys later! bye! :)
Monday, 4 June 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Move on.
Hi assalamualaikum. Yes! sis nak move on. Move on dari mana dan kemana? dari socmed. Socmed yang more to nak cari boyfriend girlfriend ni ...
-
Hi assalamualaikum. Yes! sis nak move on. Move on dari mana dan kemana? dari socmed. Socmed yang more to nak cari boyfriend girlfriend ni ...
-
Hi and assalamualailum again. So as what u baca kat title tu, yes vaporwave. Dia macam theme ok. Tapi tak reti lah nak explain. Kita minat ...
-
Hi and assalamualaikum for all readers. Macam mana ek nak mulakan ni. Pening jap nak pikir. Maklumlah tak pernah blogging. I mean, once in ...
assalamualaikum...ur ex tu nama syukri saad kan...?
ReplyDelete